Forever Young

Malam Lailatulqadar
Wednesday, 8 August 2012 ? 0 Atashinchi ?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, masa berlalu pantas meninggalkan hari-hari yang indah di bulan Ramadhan. Terasa sayu untuk meninggalkan Ramadhan kerana belum tentu bertemu lagi Ramadhan di tahun yang lain kita dapat bertemu, anggaplah Ramadhan Tahun ini Yang Terakhir buat kita semua. Ada tugasan terakhir yang paling penting dalam sisa malam-malam Ramadhan iaitu mencariMalam Lailatul Qadar malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan. Banyak ulasan yang kita baca dan dengar tentang kehebatan Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tertentu  yang boleh merubah kehidupan kita 360 darjah pusingan.

Bukan mudah orang biasa seperti aku untuk mencari Malam Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah Rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh mencari Malam Lailatul Qadar. Hanya ada satu Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.

Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.Tidak lupa juga untuk Para pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR dan jugak Sijil Pelajaran Malaysia SPM.....dan aku salah seorang calon Spm 2012.


:: Belajar Dengan Usaha Yang Gigih Pasti Kejayaan Yang Menanti ::



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post