FLORIA PUTRAJAYA 2012
Sunday, 1 July 2012 ? 0 Atashinchi ?
Putrajaya Floria 2012 telah pun bermula semalam 30 Jun 2012 - 8 julai 2012. Bertema kan bunga kertas ( Bougainvillea) TETAP MENAWAN floria ini diadakan di persisiran Tasik, Presint 2 Putrajaya.
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2012) di sini.
Seri Paduka turut meluangkan masa hampir sejam setengah untuk melawat pameran yang dikendalikan oleh kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Perbadanan Putrajaya (PPj).
Lawatan Tuanku Haminah berakhir di kawasan pavilion yang menempatkan pameran pelbagai gubahan bunga yang menarik dan berwarna-warni oleh peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari China, Hong Kong, Jepun, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).
Mengiringi Seri Paduka ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan dan Presiden PPj, Tan Sri Samsudin Osman.
Bertemakan Bunga Kertas-Tetap Menawan (Bougainvillea-Enduring Beauty), Floria 2012 berlangsung di pesisiran Tasik Presint 2 di sini selama sembilan hari bermula hari ini.
Lebih 400,000 pokok dari pelbagai spesies dan bunga-bungaan serta tanaman hiasan dari kawasan tropika dan sub-tropika dihimpunkan sepanjang tempoh pameran.
Waktu pameran Floria 2012 untuk hari Isnin hingga Khamis bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam manakala hari Jumaat hingga Ahad dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam dan masuk adalah percuma.
|


Put your cbox or fibox here. Maximum width 240px :)


FLORIA PUTRAJAYA 2012